Jumaat, 15 Mac 2013
Misteri Bau Longkang
Misteri Bau Longkang
Di satu malam yang hening, dua pemuda sedang khayal dengan aktiviti mencari paranormal(makhluk halus) di dalam sebuah gudang yang sudah lama ditinggalkan. Sedang asyik mereka berlegar-legar di satu ruang yang agak besar, tiba-tiba salah seorang daripada mereka terlompat akibat terkejut.
" Sorry bro! Aku terkejut sangat tadi. Sorry juga sebab aku genggam jari tangan kau! Aku betul-betul terkejut!",tegas Jalak Taring kepada Komeng Guntala.
Komeng Guntala menjeling Jalak Taring. Dia agak tidak berpuas hati dengan Jalak Taring." Aku sikit pun tak kisah kau terkejut. Tapi persoalannya, kenapa kau genggam jari kaki aku? Jangan sampai aku tumit muka bersopak kau tu! Lepaskan kaki aku sekarang!"
Kelam kabut Jalak Taring melepaskan genggamannya. Keadaan sedikit riuh. Dan kembali tenang tidak berapa lama kemudian.
" Hah! Apa yang kau terkejutkan tu?", soal Komeng Guntala ringkas.
" Bro, aku tiba-tiba terbau bau longkang. Busuk sangat. Kejap ada, kejap tak ada. Itu yang aku suspen tu.", terang Jalak Taring bersungguh-sungguh. Komeng Guntala musyhkil kerana beliau tidak mencium apa-apa bau pun dari awal mereka tiba di situ.
" Aku tak bau apa-apa pun. Kau biar betul?", soal Komeng Guntala. Sedikit rendah intonasi suaranya. Wajah Komeng Guntala sedikit pucat.
Disebabkan tidak berpuas hati , Jalak Taring menarik lengan Komeng Guntala agar rapat dengan beliau. Dia teramat yakin kerana bau busuk itu sangat-sangat dekat dengan dirinya.
" Ada lah. Bau tersebut sangat-sangat busuk! Kejap ada kejap tak ada!", tegas Jalak Taring.
" Hah! Iyalah! Sekarang aku dah bau!",tegas Komeng Guntala pula. Jalak Taring tersenyum riang kerana kata-katanya sudahpun dipercayai oleh Komeng Guntala.
" Aku dah cakap dah bro......adeh! Adeh!! Bro, apsal kau cubit bibir aku?!". Menggeletik tubuh Jalak Taring. Benar-benar dia dalam kesakitan diperlakukan sedemikian.
" Apa punya samdol kau ni?! Bau yang kau cakap busuk kejap ada kejap tak ada tu, bau mulut kau sendiri!! Ikutkan hati, nak je aku tonjol-tonjol bibir kau ni dengan siku aku! Bau mulut sendiri pun tak hafal! Pergh! Sakitnya hati aku dengan kau ni! $@@^*!"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan