Blogger Widgets

Khamis, 14 Mac 2013

Apakah Hukum Memakai Gelang Tangan Atau Kaki Berloceng

Soalan 1 :
Apakah hukumnya memakai dengan gelang kaki/tangan yang berloceng ?

Jawapan 1 :
Merujuk kepada kitab Bahrul Mazi, (ringkasan Sahih al-Tamizi), memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang dikeluarkan oleh Abu 'Isa al-Tirmizi yang maksudnya:

"Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng"

Oleh yang demikian, elakkanlah dari memakaikan gelang kaki/tangan yang ada loceng pada anak perempuan..


Soalan 2 :
wanita dan perhiasan diri, memang tak boleh dipisahkan. bagaimana pula ada yang memakai gelang tangan berloceng, dan ketika dia mengerjakan solat, bunyi loceng tersebut boleh mengganggu jemaah yg lain. apakah hukumnya?

Jawapan 2 :
Memakai gelang berloceng bagi wanita ada berlaku khilaf (perbezaan pendapat) dikalangan ulamak2 fiqh.

Di antara pendapat yang masyhur hukumnya adalah haram secara mutlak. Dan ada satu pendapat yang mengatakan jika dipakai dihadapan mahramnya maka tidaklah haram.

Walau bagaimana pun memakai sesuatu yang berbunyi ketika solat hukumnya adalah makruh kerana dapat mengganggu khusyuk solat. Apa lagi kalau mengganggu jemaah yang lain yang solat bersama kita.

Ini adalah sama dengan hukum dimakruhkan membiarkan handphone berbunyi ketika solat kerana mudharatnya adalah sama yaitu mengganggu khusyuk solat.

Sebagaimana handphone yang sebaiknya dimatikan ketika masuk ke dalam solat maka begitu juga wanita yang memakai gelang yang berbunyi hendaklah membuangnya ketika hendak memulakan solat.


Soalan 3 :
 Hukum wanita memakai gelang tangan/kaki yang mempunyai loceng. adakah sah dibawa untuk bersolat?.

Jawapan 3 :
Islam melarang kaum wanita memakai gelang tangan/ kaki yang mempunyai loceng kerana ia boleh menarik perhatian orang lain dan boleh mendatangkan fitnah. Walau bagaimanapun solatnya adalah sah..

Wallahua'lam 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...