Beberapa keping gambar tersebar di
Internet menunjukkan bahawa pemain badminton perseorangan nombor satu
dunia dari Malaysia, Dato Lee Chong Wei baru-baru ini membeli sebuah
kereta sport mewah baru iaitu Ferrari F430 berwarna putih. Ferrari F430
ini dikuasakan oleh enjin V8 4.3L dan mempunyai kuasa kuda melebihi 480.
Kereta sport mewah ini mampu melakukan
0-100km dalam 4 saat dan ia mencapai had laju tertinggi 315km/j. Kereta
ini dianggarkan bernilai RM1.6 juta. No Plate BLG 1 telah dibida
sebanyak RM69,100 oleh Lee Chong Wei untuk dipakai pada kereta
terbarunya ini.
Dato Lee Chong Wei yang baru berusia 29
tahun turut memiliki sebuah kereta sport Nissan GT-R R35 (dipercayai
telah dijual untuk membeli Ferrari F430), BMW X6 Coupe dan Proton
Inspira 2.0 yang merupakan hadiah dari pengeluar kereta untuk memberi
penghormatan kepada pencapaian beliau.
Di bawah adalah gambar kereta sport Nissan GTR R35 milik Lee Chong yang dipercayai telah dijual.
Related posts:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan