Blogger Widgets

Khamis, 7 Februari 2013

Cerita Disebalik Artis Malaysia Yang Sudah Bertudung


1. Irma Hasmie

Mengambil keputusan untuk bertudung selepas pulang dari mengerjakan umrah. Semasa mengerjakan umrah bersama ibu dan adiknya, dia mengambil kesempatan itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin. Alhamdulillah, doanya telah dikabulkan. Apabila ditanya tentang isu bertudung dia menjawab "sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.

2. Ana Raffali

Mengambil keputusan untuk bertudung sempena sambutan Maulidur Rasul yang lalu apabila mula mengenakan hijab serentak dengan kehadiran hari besar junjungan Nabi Muhammad. Keputusan yang diambil bukan atas dorongan atau desakan sesiapa termasuk bakal suami, Aznaim Abdulla tetapi keinginan itu lahir atas ketulusan hati sendiri.

3. Catriona Ross

Mengambil keputusan untuk bertudung ketika menemani teman-temannya membeli tudung. Tergerak hatinya untuk mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin dia telah diberi hidayah oleh Alllah. Dia menjelaskan bahawa sudah sampai masanya dia bertudung dan niat murni itu dilaksanakan dengan ikhlas tanpa paksaan suami mahupun keluarga.

4. Diana Amir

Mengambil keputusan untuk bertudung selepas selepas mendapat mimpi beberapa kali tentang hari kiamat. Katanya, biarpun masih terlalu cetek mengenai ilmu agama, dia berharap selepas menutup aurat dia dapat belajar lebih mendalam tentang hal-hal agama.

5. Abby Abadi

Mengambil keputusan untuk bertudung selepas pulang menunaikan umrah pada 15 sehingga 26 Mac yang lalu. Dua hari sebelum pulang ke Kuala Lumpur, ketika berada di depan Kaabah, dia nekad untuk bertudung sekaligus berdoa semoga Tuhan tetapkan imannya untuk kekal dengan imej bertudung buat selama-lamanya.

6. Yatt Hamzah

Mengambil keputusan untuk bertudung selepas menghadiri usrah. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular. Katanya, perubahan yang dilakukan ini bukan kerana paksaan daripada suami atau orang sekeliling sebaliknya kerana Allah S.W.T

7. Shila Hamzah

Mengambil keputusan untuk kekal bertudung selepas diajak oleh kekasihnya, Sharnaaz untuk berbuka puasa bersama peminatnya walaupun sebelum ini dia pernah mengenakan tudung pada awal Ramadan, tetapi apabila terlibat dengan beberapa penggambaran atau persembahan, dia akan buka semula. Katanya lagi,hasrat untuk kekal dengan imej bertudung adalah atas kehendak dirinya sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...