~Info Mawar~
Rabu, 15 Oktober 2014
Remaja Perempuan Tingkatan Tiga Mengandung Anak Bangla
Kekerapan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun berkunjung ke rumah teman lelakinya yang juga warga Bangladesh membongkar kegiatan m*ksiat dilakukannya malah dia kini h@mil enam minggu selepas ditahan di sebuah rumah di Taman Mahsuri, dekat Padang Serai, di sini.
Difahamkan, remaja tersebut ditahan sepasukan penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) selepas dikesan berdua-duaan sehingga menimbulkan syak wasangka dengan seorang lelaki Bangladesh berusia 28 tahun di sebuah rumah di Taman Mahsuri dekat Padang Serai, di sini.
Ketua Unit Penguat Kuasa Agama PADK, Azmi Abdul Rejab berkata, r@maja terbabit disahkan mengandung susulan pemeriksaan kesihatan Hospital Kulim ke atas gadis itu, selepas ditahan
Selasa, 14 Oktober 2014
GURU BERSALIN DI SEKOLAH DISAMBUT OLEH PENGETUA
Satu kejadian yang jarang berlaku di sekolah di mana seorang guru wanita telah melahirkan anaknya di sambut oleh pengetua sekolahnya.
Kejadian dilaporkan berlaku di SMK Taman Desaminium, Seri Kembangan.
Walaubagaimanapun tali pusa bayi tersebut masih belum dipotong kerana menunggu ambulan dan pihak perubatan sampai ke sekolah tersbut.
Alhamdulillah ibu dan bayi tersebut selamat. Tahniah.
KANAK-KANAK 3 TAHUN PARAH TERJATUH DARI TINGKAT 3 RUMAH PENGASUHNYA
Ipoh: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, parah dan tidak sedarkan diri selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga kediaman pengasuhnya di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, dekat sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa Norfadhiah Allisa Mohd Faizul, parah di kepala selepas dipercayai terjatuh dari koridor bangunan 10 tingkat berkenaan.
Ibu mangsa, Maziah Basar, 37, berkata, ketika kejadian dia mengajar di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Nan Hwa, Sitiawan, dekat sini dan dikejutkan panggilan telefon oleh pihak Hospital Angkatan Tentera (HAT), Lumut memintanya datang ke Unit Kecemasan kerana anaknya mendapatkan rawatan akibat terjatuh.
“Sebaik mendapat panggilan jam 10.30 pagi itu, saya terus ke hospital dan mendapati anak saya dirawat serta tidak sedarkan diri, selain mengalami pendarahan pada kepala.
“Keadaan anak saya ketika itu kritikal dan pihak hospital memberitahu akan memindahkannya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dengan menaiki helikopter untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di luar Jabatan Kecemasan HRPB di sini, semalam.
Menurutnya, anaknya diterbangkan bersama doktor dari HAT ke Ipoh jam 1.15 petang, manakala dia menaiki kenderaan disediakan TLDM dan tiba di HRPB jam dua petang
KISAH BENAR PASANGAN SUAMI ISTERI MASING-MASING TAWAR HATI KINI KEMBALI BAHAGIA DIKONGSI 3,600 DI FACEBOOK
Seorang suami kerja jurutera jumpa saya sedih kerana katanya dia sayang isterinya tapi segalanya dah tawar, hambar, dan masing bawa diri masing-masing. Sebumbung dan sebantal tapi mimpi lain-lain. Lebih malang jadi macam musuh.
4 tahun bersama isterinya malas, tak solat dan isterinya asyik mengamuk jer. Dia rasa nak lari dari rumah..
Abang ada berapa orang anak? 1 orang.
Saya dah buat pelbagai usaha. Saya rajin pergi kuliah agama..ajak dia tapi dia tak nak ustaz. Dah merata doa dan air penawar saya minta. Saya tegur semua tak mahu dengar.
Allah sayang saudara. Pasti saudara sayangkan isteri..
Saudara buat beberapa amal ini. Hati ini segalanya..Hati manusia dalam genggaman Allah. Bila-bila masa Allah boleh tukar hatinya dan jauh lebih baik dari kita. Hati ini raja. Bila dapat hati kita dapat semuanya..saya pernah praktikkan dan ramai yang ada masalah begini Allah mudahkan buat mereka..Itulah harga hidup ini Redha Allah
Dulu saudara mengorat dan dah dapat anak seorang. Sekarang saudara mengorat ,menawan, menggoda dia kerana Allah. Kerana dakwah. Ini semua dapat pahala korban. Berjuang itu manis buat seorang daie yang ikhlas
1) saudara selalu beli hadiah atau bunga buatnya..buat kejutan..beli bunga bagi masa di pejabatnya. Depan orang ramai..saya pernah bagi di luar dugaan isteri saya. Dia ingat ulang tahun perkahwinan mesti dapat 1 bunga besar..saya bagi 2...satu beri di rumah mertua..1 bagi di tempat kerjanya..sekali sekala masuk rumah suh dia pejam mata dan pakaikan gelang untuknya..kadang-kadang masa tiada duit beli sekuntum jer bunga..
2) Bagi dia duit bulan-bulan ikut kemampuan saudara..bagi secara mengejut jika dapat bonus...
3) Buat-buat macam lupa tarikh penting tarikh lahir dan anniversary. Buat-buat tak tahu rupanya kita telah siap sedia buatnya. Wanita teruja begitu
4) Hargai ibubapanya dan adik beradiknya. Ambil cuti hantar ibuayahnya jika sakit. Beri khidmat..buat seperti mak ayah kita..
5) Picit kaki dan tangannya...terima kasih sayang jaga anak-anak dan uruskan rumah buat abang..
6) Beri paling kurang 7 pujian dan 7 pelukan sehari...wanita terutamanya dahagakan kasih sayang dan belaian....
7) Hidupkan Ta'lim rumah bersama isteri pada waktu tetap..
8) Banyak menangis waktu malam doakannya..sekali sekala doa kuat sikit dengan bersungguh dan menangis supaya dia tahu.kita serius nak dia berubah..
9) Masuk rumah senyum, bagi salam, terus peluk dukung isteri dan anak-anak
10) Tolong kerja berat seperti buang sampah yang berat atau pindahkan barang berat.
11) Sediakan telinga dengar apa dia cakap...jangan jawab atau tambah..wanita selalu jatuh hati pada orang suka mendengar..
12) Ajak makan berdua di bawah bulan purnama..hee..candle light Dinner..suap-suap sikit. Lagi elok masa rindu sgt..nanti bahasa lagi manis yang keluar masa tu.
Selepas itu insyaAllah abang ajak dia.belajar agama, berada di jalan Allah, menangis dalam tahajud semuanya mudah..
Dia mulakan dalam masa 1 bulan isterinya berubah. Kini isterinya yang baca hadis dan ajak beliau berjuang di jalan Allah.Buat wanita pun sama jika suami kurang kesedaran...isteri pula buat seperti di atas. Jika benar ikhlas cinta kerana Allah..Orang berjaya ialah mereka yang bermuhasabah diri.Hidup ini bertolak ansur satu sama lain.Pegang tangan mereka dan bawa masuk syurga
BAPA GIGIT PIPI ANAKNYA SEPERTI BIAWAK PULAU TIOMAN KERANA ISTERI TAK BERI WANG
Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia lewat 20-an kini menjadi buruan polis kerana selepas ‘menggigit’ pipi anak lelakinya hingga cedera parah di rumah mereka di Subang Jaya, di sini, Jumaat lalu selepas isterinya enggan memberi wang dimintanya.
Perbuatan kejam suspek jam 11 malam menyebabkan kanak-kanak berusia setahun tiga bulan itu menerima sekurang-kurangnya empat jahitan di pipi.
Menurut sumber, sebelum kejadian suspek bertengkar dengan isterinya yang berusia awal 20-an kerana wanita terbabit tidak mahu memberinya RM200 yang dimintanya dipercayai untuk membayar hutang.
“Suspek mengancam akan menggigit anak mereka seperti biawak yang menyerang kanak-kanak perempuan di Pulau Tioman minggu lalu, namun ugutannya itu tidak diendahkan isterinya kerana menyangka suaminya hanya mahu menggertaknya,” kata sumber itu.
Menurut sumber itu, suspek terus mendesak isterinya memberinya wang menyebabkan pasangan itu bertengkar selama lebih 30 minit.
Perbuatan kejam suspek jam 11 malam menyebabkan kanak-kanak berusia setahun tiga bulan itu menerima sekurang-kurangnya empat jahitan di pipi.
Menurut sumber, sebelum kejadian suspek bertengkar dengan isterinya yang berusia awal 20-an kerana wanita terbabit tidak mahu memberinya RM200 yang dimintanya dipercayai untuk membayar hutang.
“Suspek mengancam akan menggigit anak mereka seperti biawak yang menyerang kanak-kanak perempuan di Pulau Tioman minggu lalu, namun ugutannya itu tidak diendahkan isterinya kerana menyangka suaminya hanya mahu menggertaknya,” kata sumber itu.
Foto WANITA menunjukkan keadaan pipi anak yang digigit suaminya.
Menurut sumber itu, suspek terus mendesak isterinya memberinya wang menyebabkan pasangan itu bertengkar selama lebih 30 minit.
BAYI MELECUR DIPUNGGUNG DIPERCAYAI DIDERA PENGASUH
MELAKA - Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan melecur di bahagian punggung dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Bertam Hulu di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, kejadian itu disedari ibu bayi tersebut, berusia 30-an ketika menukar lampin pakai buangnya sebaik tiba di rumah mereka di kawasan perumahan berhampiran pada 8.30 malam, Selasa lepas.
Beliau berkata, bayi berkenaan tidak henti menangis ketika diambil dari rumah pengasuh tersebut bersama seorang lagi anak perempuannya berusia 10 tahun, sejam sebelumnya.
“Pada mulanya ibu dan bapa bayi tersebut tidak mengesyaki sebarang kejadian menimpa anaknya sehingga ibunya melihat kesan melecur teruk di kedua-dua belah punggung mangsa,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya, bayi itu kemudian dibawa ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Melaka dan masih dirawat di hospital tersebut.
Raja Shahrom berkata, bapa bayi itu yang berusia 30-an membuat laporan di Balai Polis Tanjung Minyak pada Rabu lepas.
Katanya, polis menahan pengasuh berusia 30 tahun terbabit di rumahnya pada 2.40 petang hari sama bagi membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis keesokan harinya.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,
AMARAN 18SG: GAMBAR KEADAAN MAYAT MANGSA HARIMAU PUTIH DI ZOO DIPEROLEH DARI KAMERA POLIS FORENSIK TERSEBAR
AMARAN 18SG: Beginilah keadaan mayat mangsa serangan harimau putih di Zoo India. Gambar diperoleh Dari Kamera Polis Forensik yang meyiasat kemalangan tersebut.
Langgan:
Catatan (Atom)