Untuk info peminat Syanie, beliau mengesahkan sudah bertunang dengan Nadi Putera Mohd. Zainol pada 10 Ogos lalu dalam satu majlis yang diadakan di rumah pelakon itu di Petaling Jaya, Selangor. Syanie juga memaklumkan telah memilih 1 Mac 2014 sebagai hari perkahwinan mereka.
Bercerita lebih lanjut mengenai perkenalan mereka berdua sehinggalah mengikat tali pertunangan, Syanie menyatakan bahawa semuanya terjadi secara kebetulan. Ujarnya, mereka sebenarnya sudah lama mengenali diri masing-masing apabila Nadi bekerja dengan syarikat milik keluarganya kira-kira tujuh tahun lalu.
Seperti yang kita ketahui, Syanie yang tidak dikurniakan cahaya mata ketika perkahwinan terdahulu dan sudah 11 tahun menjanda, Nadi pula mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Mohd. Putera Danish, 5, dan Mohd. Putera Dafiq, 4. Menurut Syanie, setakat ini hubungannya dengan kedua-dua anak tunangnya itu cukup baik terutama sekali dengan Dafiq yang menetap dengan bapanya.
Syanie juga memohon agar semua peminat dapat mendoakan kebahagiaan mereka berdua sehingga ke akhir hayat. Dibawah ammboi ada kongsikan beberapa foto majlis pertunangan Syanie dan Nadi untuk tatapan peminat:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan