Blogger Widgets

Sabtu, 13 Julai 2013

Masih Bernyawa Walaupun Atas Kepala Tercucuk Gunting




Miri: Kanak-kanak malang yang tertusuk gunting di kepala oleh ibu sendiri pagi kelmarin, perlu berada di Hospital Miri sekurang-kurangnya seminggu lagi berikutan kecederaan yang serius.

Jurucakap Hospital Miri yang mengesahkan perkara itu berkata, kanak-kanak berusia dua tahun yang menerima empat jahitan di kepala itu dilaporkan stabil namun memerlukan rawatan dan pemantauan lanjut. Beliau berkata, mangsa akan dibenarkan pulang selepas luka di kepalanya sembuh manakala jahitan luka dibersihkan. 



Di bawah pemerhatian 

“Mangsa masih dalam pemerhatian doktor,” katanya kepada BH di sini, semalam. 
Dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Tanjung Miri, kira-kira jam 3 pagi kelmarin, ibu mangsa yang bertengkar dengan suaminya dipercayai cuba menikam suaminya dengan gunting tetapi tertikam anak mereka. 

Pertengkaran tercetus selepas wanita terbabit mengesyaki suaminya mempunyai hubungan sulit dan kedua-duanya dipercayai mabuk ketika kejadian. 
Direman lima hari 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kok Keong, berkata wanita berkenaan direman lima hari bagi membantu siasatan polis. 

“Kita turut mengambil keterangan suaminya berhubung kes berkenaan dan tidak menolak kemungkinan pergaduhan tercetus kerana kecurangan lelaki berkenaan,” katanya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...