Blogger Widgets

Sabtu, 18 Mei 2013

NAUZUBILLAH!! Gempar! Penemuan Pocong


KOTA TINGGI - Penduduk sebuah kampung tradisional di pinggir bandar ini digemparkan dengan satu kejadian aneh lewat petang kelmarin, ekoran penemuan lima objek menyerupai 'pocong' t erdampar di tebing Sungai Johor.

Menurut dua sahabat, Mohd. Izzuddin Abd Karim, 18, dan Mohd. Razif Ismail, 17, dari Kampung Tembioh dekat sini, mereka terkejut apabila terlihat objek tersebut yang tiba-tiba timbul dan 'melanggar' paha kanannya ketika sedang asyik menjala ikan di tebing sungai berkenaan.

Mohd. Izzuddin berkata, sudah menjadi kebiasaan bila ada masa terluang beliau bersama rakannya akan menjala ikan di tepi sungai itu tetapi belum pernah terjumpa perkara aneh seperti itu sebelum ini.



Menurutnya, mereka mula turun menjala kira-kira pukul 6 petang dan sebaik tiba di tebing berhadapan dewan badminton di sini, tiba- tiba dia terhidu bau yang agak wangi seakan- akan bunga kemboja atau kapur barus tetapi tidak mengendahkannya.

"Apa lagi, saya dan rakan (Mohd. Razif) bagaikan tergamam seketika dan bergegas naik ke darat ekoran terperanjat sebaik terlihat benda itu,'' katanya ketika ditemui di sini semalam.

"Ekoran kejadian itu saya terus menceritakannya kepada rakan-rakan lain tetapi mereka tidak mempercayainya sehinggalah muncul empat lagi objek yang serupa semalam tidak jauh dari tem pat 'pocong' pertama ditemui."

Menurut Mohd. Izzuddin lagi, kelima-lima objek itu kelihatan seolah-olah seperti mayat yang telah lengkap dikafan dengan kain putih.

Ada kaitan sihir 'bungkem'

Penemuan lima 'pocong' di tebing Sungai Johor di Kampung Tembioh di sini kelmarin, bukan saja menggemparkan penduduk malah menimbulkan persoalan sama ada ia mempunyai kaitan dengan kegiatan sihir yang dikenali sebagai 'bungkem'.

Seorang penduduk, Juffri Juraimee, 55, mendakwa, kemunculan lima objek yang menyerupai 'pocong' itu berkemungkinan bertujuan untuk menyihir seseorang.


"Menurut orang-orang tua, mangsa yang disihir atau 'bungkem' biasanya akan merana sehingga boleh membawa kepada kematian.


"Namun, ilmu tersebut tidak akan menjadi sekiranya objek yang digunakan untuk menyihir seseorang itu dijumpai orang lain," katanya ketika ditemui semalam.

Ujar Juffri, penemuan 'pocong' tersebut hingga kini masih menjadi tanda tanya penduduk di situ kerana kejadian seumpama itu adalah yang pertama kali berlaku di situ.

Bagaimanapun, terdapat juga pendapat mengatakan penemuan 'pocong' tersebut merupakan antara aktiviti membuang ancak, saka atau rawatan penyakit secara tradisional.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...