Blogger Widgets

Selasa, 16 April 2013

Kejam! Lelaki Conteng Muka Isteri Dengan Pisau


seorang lelaki cina yang berang telah melakarkan "tattoo" di wajah isterinyaberupa dua patah perkataan di dalam bahasa cina dengan menggunakan pisau bagi menghalang lelaki lain daripada "mengurat" isterinya.

Lelaki berusia 36 tahun itu telah ditahan oleh pihak Polis kerana perbuatan kejamnya itu.

Wei Shengxiong dan isterinya yang berusia 26 tahun hanya mahu dikenali sebagai Xiao Wei, telah mendirikan rumahtangga selama sembilan tahun dan dikurniakan dua orang anak lelaki.

Malangnya si suami sering kali mengesyaki isterinya dipikat oleh lelaki-lelaki lain yang minat kepadanya.


Semuanya bermula dalam tahun 2001 apabila isterinya Xiao Wei yang bekerja sebagai seorang pekerja kilang telah bekerja lewat masa (over time) dan langsung tidak pulang ke rumah. Sebulan kemudian, dia didapati mengandung. Si suami menganggap anak yang dikandungkan isterinya bukan dari benihnya, lalu membawa si isteri untuk ujian DNA.

Sejak dari hari itu, pasangan itu sering kali betengkar antara satu sama lain.

Menurut pihak Polis, 30 Mac lalu petengkaran mereka berlaku lagi.

Wei menghentakkan kepala isterinya ke arah dinding dan menyebabkan si isteri terjatuh ke atas lantai apabila hilang pertimbangan dan kawalan badannya.

Si suami mengikat tangan isteri serta menyumbat mulutnya dengan tuala agar tidak menjerit dengan kuat bagi mengelakkan didengari oleh jiran-jiran mereka. Dia mengheret isterinya ke dapur lalu mengambil pisau dan melakarkan perkataan Xian Jian (hina) di pipi isterinya itu.

Si suami mengurung isterinya di dalam rumah sehingga keesokan harinya apabila bapa saudara Wei menemuinya lantas membawa ke balai polis untuk membuat laporan jenayah yang berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...