Blogger Widgets

Selasa, 16 April 2013

Gila, hanya kerana cemburu lelaki tikam lubang telinga kekasih dengan pensil




Jessica Herbert, 18 tahun telah dicucuk pensil ke telinganya oleh teman lelakinya yang bernama Fleming Jason dan disifatkan sebagai 'pembulian yang keterlaluan'. Fleming, 37 tahun yang berasal dari Neath, South Wales, memaksa Jessica untuk duduk di dalam bilik air yang sejuk agar dia menyerahkan kata laluan laman rangkaian sosial Facebook.

Pendakwa Georgina Buckley berkata, 'Jessica telah ditikam di dalam telinga dengan pensil kerana dia enggan memberi kata laluan Facebook beliau. Fleming meletakkannya di dalam bilik air yang sejuk sehingga dia mengakui mempunyai hubungan sulit. Apabila meneroka akaun dia mendapati bahawa teman wanitanya itu telah berkawan dengan lelaki lain.'

Mahkamah Swansea Crown mendengar hujah bagaimana Fleming sekali lagi menyerang Jessica pada keesokan harinya dan membawa kepada tindakan luar sedar beliau.

Beliau telah menutup kepala teman wanitanya dengan plastik beg sampah agar teman wanitanya itu memberikan kata laluan facebooknya. Fleming akhirnya telah disabit kesalahan kerana melakukan serangan dan menyebabkan kecederaan parah terhadap teman wanitanya.

Fleming mendengar Hakim Keith Thomas memberitahunya, "Dengan cara yang sombong dan takbur, anda membuli dalam menentukan tanggungjawabnya dan mahu dia melakukan apa yang anda mahukan. Anda telah terlalu mencemburuinya dan mengambil tindakan ke atas beliau hanya kerana dia mempunyai kawan-kawan lelaki."

"Anda telah mengurungnya didalam bilik mandi yang sejuk, menumbuk dan menikam dalam telinganya dengan pensil supaya dia memberikan anda kata laluan facebook dan anda dapat melihat apa yang dia lakukan. Anda juga menutup kepalanya menggunakan beg plastik, anda mengikat tangannya dan anda mencekiknya. Apa yang anda lakukan menyebabkannya menjadi hilang ingatan dan kemungkinan boleh menyebabkan teman wanita anda mati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...