Blogger Widgets

Rabu, 3 April 2013

Disimbah Asid – Gadis Menderita Sepanjang Hayat


GUA MUSANG – Hati seorang ibu tetap hiba setiap kali memandang wajah anaknya yang cacat dan terus menderita sepanjang hayat selepas berlaku tragedi disimbah cuka getah oleh bapa tirinya lebih dua tahun lalu.
Walaupun bekas suaminya itu sudah meninggal dunia, namun Nor Azizah Jusoh, 36, yang tinggal di Kampung Baru Mutiara Aring, dekar sini, tetap tidak memaafkan kejadian itu kerana dianggap terlalu zalim.
Kini anak perempuan sulungnya, Nor Ain Abdul Aziz, 18, masih trauma dengan kejadian malang menimpanya kerana bukan sahaja cacat hidung dan telinga, tetapi kedua-dua mata turut buta.
“Saya tidak boleh fikirkan masa depan Nor Ain yang berkeadaan tidak lagi sempurna, malah dia juga menyisih diri kerana malu dengan wajah yang tidak seperti dahulu lagi.
“Apa pun saya tetap bersamanya setiap hari sambil menenangkan jiwanya yang selalu tertekan mengenangkan peristiwa hitam yang berlaku Ogos 2009,” katanya.
Nor Azizah yang tidak mahu mengingati kembali peristiwa itu berkata, anaknya juga enggan menjalani rawatan pembedahan plastik yang sepatutnya dilakukan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian akhir tahun lalu.
Menurutnya, ketika kejadian itu berlaku anak sulung daripada empat adik beradik itu masih menuntut di tingkat tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Chiku.
Katanya, harapan menggunung anaknya itu untuk mengejar cita-cita bekerja di jawatan tinggi jabatan kerajaan selepas tamat persekolahan hancur dengan linangan air mata berikutan menanggung seksanya.
“Tak tahulah saya masa depan Nor Ain, tetapi saya mengharapkan mengharapkan supaya hatinya dibuka untuk menerima rawatan pembedahan plastik mukanya yang melecur itu.
“Puas saya pujuk, namun dia enggan berbuat demikian kerana tidak tahan lagi menanggung derita dan menganggap mukanya tidak akan pulih sampai bila-bila,” katanya.
Katanya, Nor Ain juga sebelum ini pernah menyatakan pendirian untuk tinggal di pondok agama bagi mendalami ajaran Islam termasuk mengaji al-Quran, tetapi sekarang menolak semula.
“Dia memberi alasan malu dan tidak ada orang untuk membantunya berjalan kerana kedua mata buta akibat daripada kejadian rakus bapa tiri menyimbah cuka getah,” 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adverlets Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...